Tuesday 4 October 2011

seni bela diri di malaysia


1. silat

silat ialah seni tempur bangsa Melayu yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Di Malaysia sahaja wujud beratus-ratus perguruan silat. Ada silat yang mengajar senjata-senjata Melayu lama seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, tumbuk lada, tek-pi, tongkat, tembong dan sundang. Ada juga silat yang menumpukan pengajaran pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).

Jenis-jenis silat (UMUM)
Silat terbahagi kepada silat yang menjurus kepada seni atau bunga, buah pukul atau kedua-duanya sekali (seni dan buah pukul). Namun begitu kebanyakan perguruan mengajarkan kedua-duanya sekali. Silat seni seperti silat pulut biasanya dipersembahkan pada majlis resmi dan keramaian seperti majlis perkahwinan.Antara jenis-jenis silat yang ujud adalah Seni Silat Gayong,Seni Silat Kuntau,Seni Silat Pulut,Seni Silat Cekak Hanafi dan berbagai lagi.

Silat Seni Gayong
Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.

Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu: Tapak Gayong(permulaan tapak silat), Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong), Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata), Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang), Seni Yoi (buah pukulan), Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I - VI).
Di Malaysia terdapat beberapa perguruan silat yang menggunakan nama "Silat Gayung", diantaranya:

Silat Seni Gayung
Silat Gayung Asli
Silat Gayung Lima
Silat Gayung Tujuh
Silat Gayung Cekak Sendeng
Silat Gayung Ghaib
Silat Gayung Harimau
Silat Gayung Khalifah
Silat Gayung Lincah
Silat Gayungman Asli
Silat Gayungman Kedah
Silat Gayung Laksamana
Silat Gayung Pancasila
Silat Gayung Fatani
Silat Gayung Semarang
Silat Gayung Tok Janggut
Silat Pusaka Gayong

Silat Seni Gayong
PUKULAN MAUT


Perguruan Silat

Berikut adalah sebahgian dari perguruan atau aliran silat yang boleh didapati di Malaysia. PESAKA merupakan satu badan atau organisasi yang mengawal selia pertubuhan silat di negara ini.
Silat AL HAQ

Silat Abjad
Silat Agam
Silat Acheh Lang Putih
Silat Alif Ba Ta
Silat Amal
Silat Api
Silat Bakti Negara
Silat Bangkoi
Silat Bangsal
Silat Betawi
Silat Bayu Merah Harimau Berantai
Silat Berembang
Silat Baringin Sakti
Silat Burung Rajawali Putih
Silat Buah
Silat Budi Bahasa
Silat Bugis
Silat Bunga
Silat Cekak
Silat Cemendas
Silat Cemendek
Silat Cimande
Silat Che Mandi Hitam
Silat Cikalung
Silat Depo Woojo
Silat Elat
Silat Empat
Silat Ezhar

Silat Firasah

Silat Gayong
Silat Garuda Kedah
Silat Gelut
Silat Gelombang
Silat Gerak
Silat Gerbang Sakti
Silat Harimau
Silat Hadrah Maut
Silat Halimun Allah
Silat Inai Teroi
Silat Isim
Silat Jati
Silat Jatuh
Silat Jawa
Silat Jawi
Silat Kaedah
Silat Kaki Tunggal
Silat Kalimat Tujuh
Silat Kayu
Silat Kemain
Silat Kerayung Sendeng
Silat Kampung Tebiuh
Silat Kuntau
Silat Kalimah
Silat Kilat
Silat Keramat
Silat Kubu
Silat Kutar

Seni Beladiri Kysatria Darma Vajra Mukti

Silat Laksamana Hang Jebat
Silat Lam Melayang
Silat Lang Merah
Silat Lang Sewah
Silat Langkah
Silat Lela Pahlawan
Silat Lian
Silat Lincah
Silat Lincah Lintar
Silat Lintah
Silat Lintang
Silat Lintau
Silat Lintau
Silat Majapahit
Silat Mat Kilau
Silat Melaka
Silat Melayu
Silat Minang
Silat Monyet
Silat Moo
Silat Naga
Silat Nasrul Haq
Silat Natar
Silat Pahlawan
Silat Pancasila Gayung Harimau
Silat Panglima
Silat Pasak
Silat Pasak Padang
Silat Pelaga
Silat Pelangi
Silat Pegema
Silat Pegian
Silat Pencek
Silat Pendekar Muda
Silat Panding Juan Sutan Maakat
Silat Pengantin
Silat Peninjau
Silat Perasyah
Silat Periaman
Silat Perkasa Gagak Di Rimba
Silat Perwira Kedah
Silat Peturun
Silat Petir
Silat Pisau
Silat Pulut
Silat Pukulan
Silat Purba
Silat Porpila
Silat Parit Sempadan
Silat Rampuk
Silat Rancak
Silat Randai
Silat Rencong Kayak
silat Recong Kapan
Silat Rian
Silat Rohaniah
Silat Saka
Silat Sala
Silat Sapu Angin
Silat Sayung
Silat Sekebun
Silat Selangkah
Silat Selangkah Gerak
Silat Selindang Hitam
Silat Selendang Merah
Silat Seligi
Silat Semerap
Silat Semulajadi
Silat Sendeng
Silat Serendah
Silat Segap
Silat Seperap
Silat Sepelek
Silat Sepulut
Silat Serimau Hitam
Silat Sunting
Silat Setiabakti
Silat Serak
Silat Terlak

Pembahagian silat ini terbahagi kepada cabang-cabang yang lain.

SENI SILAT CEKAK HANAFI


Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi Haji Ahmad, bagi penuntut Silat Cekak Hanafi merupakan pemimpin agong dalam dunia persilatan Melayu. Pemimpin agong bermaksud, beliaulah orang yang menghidupkan kembali pusaka bangsa seni bela diri orang Melayu yang mampu menjaga diri dan membela diri pengamal-pengamalnya. Ini dibuktikan, apabila Silat Cekak ini dilahirkan kembali pada malam 5 Ramadhan 1385 hijrah, bersamaan dengan 28 Disember 1965. Pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang pertama dapat menggunakan keseluruhan daya kreativiti yang dikurniakan Allah untuk menggubal satu jenis sistem pelajaran dan pembelajaran persilatan dan tatacara persilatan yang tersusun dan dapat dinilai oleh orang ramai tentang kelebihan dan keupayaan silat Melayu sebagai senjata mempertahankan diri. Akhir sekali, pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang berjaya meletakkan seni silat Melayu yang sesuai dengan pengurusan organisasi moden.

Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, anak jati Kedah. Lahir di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923. Sesuai dengan zaman ketika itu beliau mendapat pendidikan awal di sekolah aliran Melayu Kampung Gunung , Alor Setar, Kedah dan seterusnya belajar agama di beberapa buah pondok dengan beberapa orang Tok Guru Ulamak di Kedah.
Ustaz Hanafi Haji Ahmad menyedari bahawa kefahaman yang tulen terhadap Allah s.w.t. dan dengan hanya mengikut sunnah Rasulullah, beliau sanggup mengorbankan masa mudanya mendalami bidang-bidang keagamaan dengan beberapa orang guru yang terkemuka di seluruh tanah air hingga ke Singapura. Proses pembelajaran untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya itu, memerlukan beliau menjadi murid setia suruhan, menjual apam balik, menjual ubatan tradisional dan merantau seluruh tanah air mencari guru yang sebenar-benar guru. Berkat usaha dan kesabaran beliau akhirnya dengan izin Allah, Ustaz Hanafi Haji Ahmad, bertemu dengan Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman, yang berjaya menjelaskan dan menyimpulkan hakikat ketuhanan kepada Allah Taala dengan menggunakan kitab Hikam Ibni Ataillah.

Perjuangan menuntut kemerdekaan mengimbau jiwa nasionalisme Ustaz Hanafi Haji Ahmad memperjuangkan hak budaya bangsa orang Melayu. Bidang yang sesuai dengan jiwanya sebagai anak watan Melayu ialah bidang persilatan Melayu. Ustaz Hanafi yakin bahawa orang Melayu juga mempunyai seni bela diri yang tidak kalah mutunya dibandingkan dengan seni bela diri bangsa lain. Kajian yang terperinci telah dilakukan terhadap pelbagai seni bela diri orang Melayu. Proses pencarian untuk mendapatkan silat yang benar -benar bertanggungjawab membela diri juga memerlukan Ustaz Hanafi Haji Ahmad sekali lagi merantau, menjadi murid suruhan guru, menuntut pelbagai ilmu bela diri orang Melayu dan menjual ubatan seluruh tanah air. Akhirnya dengan izin Allah beliau bertemu dengan En. Yahya Said yang mempunyai sejenis beladiri yakni Silat Cekak yang menunggu untuk menurunkan silat ini kepada yang hak.
Penguasaan Bahasa Melayunya yang baik merupakan aset bagi beliau mengungkapkan kembali dalam bahasa yang ringkas lagi tepat, seperti yang terbukti dalam pantun Silat Cekak dan falsafah Silat Cekak.

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan harapan dan keyakinan baru kepada Silat Melayu supaya dipelajari oleh orang Melayu sendiri sebagai warisan budaya bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sebagai tokoh pengurusan persilatan yang dinamis, beliau menggunakan seluruh kemahiran dan pengetahuannya bagi memberikan dinamisme baru kepada wajah seni silat Melayu dalam satu organisasi persilatan. Nyata sekali, sebahagian besar kejayaan Silat Cekak dipelajari oleh mesyarakat Melayu adalah hasil visi Ustaz Hanafi Haji Ahmad; pemimpin agung Silat Cekak. Kini, Silat Cekak Hanafi dapat dipelajari di semua institusi pengajian.

Musuh mahupun kawan, anak murid yang bersopan mahupun yang tidak bersopan, terpaksa mengakui dan menghargai beliau sebagai guru utama yang berkaliber dan pengurus yang bijak, berani dan cekal.
Ustaz Hanafi Hj. Ahmad pulang ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalakn nama . Beliau meninggalkan seorang balu Maimunah Haji Othman dan enam orang anak. Perjuangan beliau diteruskan oleh Mohd. Radzi bin Hanafi.

"Percakapan dan perbuatannya sama. Dalam apa jua perbuatan, Allahyarham mempraktikkannya dulu sebelum mendidik. Percakapan dan pandangannya mudah difahami serta selaras dengan tujuan hidup, Allahyarham juga bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Ada ketika menjadi guru, ada ketikanya menjadi bapa dan pada satu ketika yang lain seperti seorang sahabat."
-Pandangan En. Mohd. Radzi b. Hj Hanafi, Gutu Utama, Silat Cekak Hanafi terhadap pemimpin agung Silat Cekak, Allahyarhan Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.
Pendidikan
1929
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung, Alor Setar, Kedah.
1933
Memasuki sekolah pondok di Kampung Alor Gonchar, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah di bawah pengawasan guru Hj. Osman bin Lebai Zain.
1936
Memasuki Sekolah pondok Guar Chempedak, Gurun Kedah. Pelajaran agama dikendlikan oleh Hj. Abdul Majid dan pelajaran Arab pula diajar oleh guru Yahya bin Jonid.
Belajar sendiri dengan guru berikut:

Hj. Bukhari bin Hassan dari Batu 4 1/4, Kampung Pinang, Mukim Pengkalan Kundur, Alor Setar, Kedah.
Hj. Hanafiah - Bapa saudara beliau dari Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Hj. Lah dari Chegar, Pantai Johor, Kedah.
Berguru dengan Pak Ngah Shariff yang dikenali sebagai orang handal di Kedah ketika itu. Untuk mendapatkan ilmu, beliau kena menjadi orang suruhan guru terlebih dahulu, dengan membuat kerja-kerja berat, seperti memotong kayu, mencangkul dan be rsawah. Dimasa lapang barulah Pak Ngah Shariff mengajari ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan ( ilmu ketuhanan ).
Mendapatkan pengalaman melalui merantau, pernah berbincang masalah dengan :

Che Salleh bin Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Kiyai Muhammad Fadlullah Suhaimi dari Singapura bertemu di Pahang.
Sheikh Osman Cincin dari Perak yang kononnya masyhur dengan ilmu kebal.
Abdullah Salleh - terkenal dengan Che Lah Keramat masyhur dengan ilmu perubatan tradisional di Terengganu.
Bertemu dengan seorang guru bernama Pak Hj. Zain bin Abdul Rahman. Beliau menyedari inilah guru yang dicari-cari selama ini yang dapat membuat kesimpulan dalam ilmu ketuhanan ( Ilmu Tauhid ). Kitab yang diajar oleh Pak Hj. Zain ialah Kitab Hika m Ibni Ataillah.
Pengalaman
Menjual ubat diseluruh tanahair.
Bergiat dalam bidang politik dalam tahun 40 an. Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato' Onn Jaafar.
Pengarah zakat pada tahun 1963 di Pejabat Agama Negeri Kedah.
Menjual apam balik di Yala, Siam dan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
Memimpin Seni Silat Cekak mulai 1965 sehingga Ogos 1986.
SENI SILAT CEKAK
Seni Silat Cekak ialah sejenis silat yang benar-benar asli dan bertanggungjawab untuk mempertahankan diri. Seni Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan tidak berubah-ubah sejak kelahirannya. Pergerakkan dan sistem silat ini menepati kesesuaian dengan gerak-geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang, dan amat nyata ianya berprinsipkan agama Islam. Cekak menunggu serangan dengan berdiri lurus (berdiri Solat), tidak berkuda-kuda dan tidak melangkah ke kiri atau ke kanan, bahkan mara ke hadapan.
Sejarah Penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak

Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makanan En. Hussain b. Ahmad, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas telah dibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur dibawah seksi Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Seni Silat Cekak telah dapat diterima oleh masyarakat Kuala Lumpur. Sesuai dengan perkembangannya, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diasaskan dan didaftarkan pada 19 Ogos, 1971 oleh YM Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.
Pada tahun 1975, buat pertama kalinya lambang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan ianya telah digunakan sehingga sekarang. Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia adalah dibawah YM Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia keseluruh negara selama 21 tahun. Bak pepatah Melayu "Patah tumbuh hilang berganti" Tanggungjawab tersebut telah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986 sehingga sekarang. Dibawah kepimpinan beliau PSSCM telah berkembang pesat keseluruh lapisan masyarakat.




2. Silambam

Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia. Pra pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah wujud sjak 5000 tahun dulu, iaitu sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India. Justerunya seni Silambam bolehlah dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang tertua di dunia.

Seni Silambam merupakan satu seni di dalam 64 jenis seni yang digariskan oleh masyarakat Tamil tradisional sebagai harus dipelajari untuk menjadi insan yang sempurna. Namun demikian seni Silambam ini tidaklah bersifat saintifif pada zaman silam. Peredaran masa telah memodenkan dan memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan kepentingan zaman. Latihan-latihan dan teknik-teknik memusing tongkat Silambam dan sebagainya telah mengalami kejituan.

Semasa perkembangan agama buddha, seni mempertahankan diri ini telah dibawa ke China dan Jepun oleh sami-sami Buddha khususnya, Bodhidharma telah mempertahankan seni ini di kota Sang han, Negeri Wei di utara China.

Seni Silambam telah mengalami perkembangan pesat pada awal abad ke 16. Ia menjadi asas dan penting bagi kekuatan fizikal di dalam latihan ketenteraan sebelum diajar seni pedang. Seni Silambam telah berkembang ke Asia Tenggara di antara 1000 hingga1500 tahun yang lalu. Perkembangan ini adalah hasil usaha raja-raja Tamil daripada India yang merantau ke rantau ini.

Pada akhir abad ke-14, pekerja-pekerja Tamil daripada India ke Malaya iaitu Malaysia , oleh penjajah Inggeris. Pekerja-pekerja ini telah membawa seni Silambam ini ke Malaya. Namun demikian, guru-guru yang telah mengajar seni ini dapat dikesan hanya sejak tahun 1920 sahaja. Semasa perang dunia ke-2, seni Silambam telah menjadi popular khasnya di Kuala Selangor, Kapar dan Kelang.

Oleh kerana seni ini ialah seni yang dibawa masuk ke Malaya dari luar, maka ia tidak mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang di bawah penjajahan barat. Justerunya seni Silambam perlu diajar secara rahsia, di dalam hutan dan tempat-tempat yang tidak dilalui orang.


3. WUSHU


Wushu atau kungfu merupakan seni bela diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu. Pada waktu itu seni bela diri ini muncul karena ada kebutuhan dari masyarakat untuk menghadapai gangguan binatang buas dan mencari makan.
Wushu dalam bahasa Cina artinya seni perang. Ada banyak aliran dalam wushu tapi secara garis besar wushu dapat dibagi dua golongan, yaitu Uay Kung (Gwa Kang) dan Nei Kung (Iwee kang). Pada Uay Kung unsure kekerasannya lebih besar (70%) dibandingkan kelemasan. Sementara itu Nei Kung hampir seluruhnya menggunakan kelemasan.



No comments:

Post a Comment